Oct 11, 2010

Pekerja Cemerlang!!

Assalamualaikum...

Tu dia tgk tajuk utama pekerja cemerlang...:)
Erm~~tak tau la nk mulakan mcm mana ni ek....teknik mengarang hamba ni mmg lah tersangat teruk..huuu tapi nk cuba gak menjadi pengarang yg tegar...hee

Balik pada tajuk yg kita bincangkan, iaitu pekerja cemerlang.Mula2 hamba nk kongsi skit bagaimana hendak menjadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin dan sehebat yang mungkin tak kira apa jua bidang kerja yang menjadi kerjaya Anda. cewah ayat cam sweet ja...hee
1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, kita perlu bermula dari asas, iaitu niat hati kita.
2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.
lakukan lebih dari apa yang perlu kita lakukan dalam bidang kerja kita. contoh la jika kawan sekerja kita masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, apa lagi kita pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. (nk jd pekerja yg disygi bos tip no 2 ni bgs diaamalkan klu x alamatnye kne denda rm20 le klu lewat)


3. Komited. 
Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang kita tunjuk rajin.Janji bos sayang♥♥
4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Skill komunikasi amat penting di sini. kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja kita.(Kalau kt opiz semua main politik mmg parah la lg2 politik kotor)
 5. Hormat Semua Orang.
 Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan kita, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.
6. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan ‘first impression’ orang lain amat penting dalam suasana kerja.

 bukan senang nk jadi pekerja cemerlang!!

 Hopefully tips2 ni dapat membantu kita semua~~ :)

Hee....marilah kite bersama2 meningkatkan kemajuan diri,prestasi diri dan menambat hati bos!!


No comments:

Post a Comment