Jun 27, 2011

malaysian cup prix Round 5 Teluk Intan 25&26 jUn 2011

Assalam....

Huuh~~ baru nk upload da  picture p cup prix..... sory la semalam xsempat nk upload coz my pc kena format daa.
(neh sume pasal en ikan masin yg dah guna pc orang xreti2 nk shutdown....bengong!!kalau rosak bkn dia yang kena marah ngn mr boss!!)

heee lari topic plak dah...okeh2 hari ini just nak upload picture cup prix..xbanyak pun...coz i'm busy menolong mr pomen...heee tolong duduk teman dier jer la..

kami gerak p teluk intan lepas solat jumaat...dgn menaiki kelisa mr pomen...kecik tapi sume barang leh sumbat...haha
nasib baik si 66 mr pomen dan mr rider dh tumpangkan kt lori hong leong kt sg. buluh.. lega~~
sgt jemm wooooo jalan yer lah org baru balik keje kan..haruss La jem...dalam jam 5.30pm~~
saMpai teluk Intan dalam jam 8.30pm~~apa lagi mencari tempat mkn yg ada tayang citer Maharaja Lawak..menjajau gak ler cari....huuuu akhirnya jam 10 lebeh baru jumpa..itupun xda meja kosong... so kami amik kerusi dn duduk jer kt tepi janji dapat tgk live final maharaja lawak...aduhai..abis kaki kne gigit nyamuk teluk intan neh!! samBil2 tgk tv mr pomen order satay 10 cucuk apa lagi kami bedua bedal laa..heee sedap gak satay neh...

Alhamdulillah~~abis jer cite maharaja lawak jam 12am...kami pun balik ke hotel masing2..rehat secukupnya...HUuh very ngantuk okeh~~

Hari Pertama di teluk Intan:

Jam 5.30am aku dah bangun dan menyiapkan diri..yerlah kne bangun awal coz nk kne ada kt padock kul 8am.
selepas aku dh siap...sempat gak p kejut en pomen dan en rider..klu xkejut xbangun ler mereka2 neh..
.heee keletihan tambahan pulak kedua mereka xsihat+demam...sian dorang~~ 



Sampai padock  kami amik khemah paling tepi skali senang skit....heee
Kali neh ramai pesaing~~ 






belaian mr pomen utk 66
Hari pertama mmg banyak dugaan+rintangan yg mendatang....Mr rider plak xsihat...aduhai


double check
siaN mr pomen Saya kepenatan dah mlm pun still setting 66

Kesian aku tengok Mr pomen sorang2 jer setting moto...kite neh nama jer pembantu tapi hampeh gak ler~~ sory yer sayangku.... 

Abis setting 66 jam 9.30pm kami gerak balik ke hotel...dalam perjalanan pulang kami singgah tapau makanan. lepas tapau singgah plak ke petropam shell nk beli rokok mr pomen..aleh2 keta bateri kong plak xbleh jalan...aduyai!!!! Kasihan mr pomen kusayg penat kt race xabis lagi tambah plak keta xleh jalan..mati kutu lak kami sekejap...

ada la lebih kurang 1 jam kami tersadai kt shell...memalam buta jam 11 lebeh la...hUU~~ dugaan betul.
telefon kwn2 berdekatan xdpt plak...so terpakse la dgn rasa segan mr pomen call En Ah seNg KCS racing tuk membantu kami disini...nasib baik En ah seng baik hati dier tumpangkan kami balik ke hotel.kebetulan hotel dia sama ngn kami... DUGAAN!!

Kebetulan Mr pomen ada call papa dia....Bayangkan lah baiknya hati papa dia sanggup mai dari bangi ke teluk intan semata2 nk bw bateri kereta dan tukar...Kasih ayah untuk anaknya
 ~~terharu seh~~

Tq bnyak2 kepada En Ahseng KCS racing + Abg Nuar + Papa Wan yg membantu kami mlm tu..



Hari Kedua:

serius jer

Kami sampai padock jam 9am....
Sampai2 di khemah mr pomen terus double check 66 mana la tau kalau ada yg xkena....huuu~~

mR rider

Agak keciwa la coz 66 xdpt masuk final~~lagipun mr rider xsihat so..phm2 jer la....

kekeciwaan

Its okey sayang...

Kali neh cup prix byk dugaan + rintangan yg mendatang....
Syukur Alhadulillah juga kepada Allah coz ramai yg sudi membantu kami dikala kekacauan....


Abis Race kul 6pm kami gerak tuk balik ke bangi~~



p/s:mood sedey

sadness

Assalam...








Sangat sedih di dalam hati ini.





p/s: sedih+gembira+keciwa+sayu+sakit+pening=??

Jun 21, 2011

=)

Assalam...

JusT waNna to say~~






p/s: very under control okeh!!




hUrm~~

Assalam...

no mood la today~~adoiyai...



Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana Allah masih sayangkan aku~~ 

Terima Kasih Allah =)




Huu sangat penat plak hari neh~~kerja berlambak tp aLhamdulliah dapat selesaikan....






p/s:seriusly mmg mood kureng hari neh`~

Jun 20, 2011

Yeah!!

Assalam...


i've done upgrade my blog♥




Aduyai pening kepala nk wat flyer tuk opiz sendiri neh....lain yg patut kne wat lain plak cik kak missywawan neh wat....heee (mengupgradekan + menyemakkan + menyelerakkan + mencantikkan blog) CaNtiK ker?????

hati senang jiwa tada orang kacau jari pun gatal nk menaip2 kt blog neh...heee

maSalah yg timbul Sekarang neh, apa pun xbley design flyer xdapat siapkan dari tadi...aduhai cik kak... bila la idea2 best mau masuk dlm kepalaotak neh.....huuu

kang buat gempak2 eN bos kata xcukup cun...aduhai dia nk lain drpd yg lain ( tp yg memushkilkan skrg neh en bos suruh amik jer templete sebijik design kt internet...)  hah camneh tu??????!!sapa bley jawab??? -_-





rasa macam nk keje bidang lain plak.....hahahahha any suggestions?




watever ler en bos.... janji buat+siap...lu xmo design saya lu bleh suruh itu kesayangan (En iKan mAsin) yg buat...heeeee

OOOOppppssS terlebey sudey~~



p/s: Mudah2an en bOs ske ngn desiGn terbaru neh....hahahhahha

Jun 19, 2011

sMile

Assalam...

i feel good today~~








i dont know why...might be my jaan happy with me... yeaH!!!








Mari kite kerja bersungguh2 ♥






p/s: mood riang ria~

Jun 17, 2011

OmG!!oMg!!

OMG!! 




oMg!! 





OmG!!





oMG!!





OmG!!




0MG!!





omg!!






p/s: dAh mi0nG  r kePalahotak Ku iNi~~

Jun 16, 2011

seLamaT haRi bApa kepada aRwah paPa Hj Mohd Ali bin OsMan.

Assalam..

Aku masih ingat, antara kebimbangan papa suatu ketika dahulu – jika anak-anak melupakannya apabila dia tiada lagi; itulah yang papa kata pada kami anak-anaknya suatu ketika dulu. Aku cakap balik, “Kenapa papa cakap gitu? Takkan la kami semua akan lupakan papa.” Kami semua sayangkan papa.

Papa senyum saja dengar aku menyanggah cakapnya. Lepas itu dia kata, “Memang kamu semua takkan lupa papa . Papa yakin anak-anak papa akan tetap ingatkan papa. Cuma papa takut anak-anak lupa hadiahkan doa untuk papa bila papa dah tiada. Papa dah mati masa tu, tak ada apa-apa yang boleh bantu papa, kecuali doa anak-anak yang saleh…” T_T

Papa juga selalu berpesan bahawa bila papa tiada, jaga lah mama sebaik-baiknya. Jangan biarkan mama keseorangan dan kesedihan. InsyaAllah papa : wa akan tunaikan~~

Tersentuh dan sedih sungguh hati bila terkenangkan papa. Aku teringat satu hadis yang biasa kak ita (kakak sulung ku) dan para ustaz & ustazah beritahu bahawa, “Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim) 

Rasulullah menegaskan tentang menderhaka kepada ibubapa merupakan salah satu dosa besar melalui hadis yang diriwayatkan seperti berikut :

Abi Bakrah radhiallahu ‘anh berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Setiap kali teringat kata-kata papa, sayu hati ini dan secara tidak langsung aku muhasabah diri sendiri, sejauh mana agaknya doa aku dapat ‘membantu’ papa? Setakat mana amalan aku dapat ‘meringankan’ papa di sana? Ya Allah.....selama hidup didunia ini, hambamu banyak menyusahkan papa dan mama... T_T

Walaubagaimanapun, terima kasih yang amat pada papa yang selalu buat kami teringat akan kekurangan diri dan memotivasikan kami untuk memperbaiki diri dan mengharungi perjalanan hidup didunia dan akhirat.

Semoga papa tenang terus di sana. Selamat hari bapa papa! - Al-Fatihah-



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..


 Al-fatihah





Jun 14, 2011

SanGat pEning memikirkaN New jobS!!!

Assalam~~

huuu.....
sanGaT peNing Bila MemikiRkan pasaL new jobs neh...

Apa pUn xbleY~~ dH banyak aku apply job kt internet government+non government sume apply...


mudah2an lekat ler salah satu yg aku apply....aminn =)



Ya Allah permudahkan lah segalanya...

Jun 13, 2011

Keseorangan diriku diOpiz

Huu....

Tersangat ler boring sorang2 kat opiz neh...hopefully xda apa2 benda2 yg wat kacau bilau kt opiz..




sooo  sad..demi memikirkan masa depan harus berkorban apa saja...yEaH!!♥♥




Ya Allah permudahkanlah segala rancangan ku...Amin....

Jun 12, 2011

TIPS PERANCANGAN PERKAHWINAN by Andaman Qaseh



Untuk memudahkan bakal pengantin membuat persiapan,perlu ada perancangan yang teliti dan rapi agar majlis dapat berlansung dengan lancar, Di sini Andaman Qaseh paparkan panduan yang mudah untuk bakal mempelai membuat perancangan majlis perkahwinan mereka.

12 BULAN SEBELUM
* Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah.
* Mengatur bajek yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah.
* Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di hotel,dewan atau rumah.
* Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada berhidang atau buffet.

11 BULAN SEBELUM
* Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
* Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan.
* Mengintai-intai pakaian perkahwinan.
* Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain-lain.

10 BULAN SEBELUM
* Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara.
* Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
* Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajek.

9 BULAN SEBELUM
* Mengumpul nama tetamu.
* Pilih katering atau masak sendiri, Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakan kesulitan di masa akan datang.
* Pilihan jurufoto & juruvideo.

8 BULAN SEBELUM
* Menempah lokasi dan tarikh majlis, (Khusus untuk dewan & hotel)
* Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir.

7 BULAN SEBELUM
* Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
* Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin.
* Memilih jurusolek.

6 BULAN SEBELUM
* Mula menempah kad perkahwinan.
* Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam.
* Menjalani ujian darah/HIV.

5 BULAN SEBELUM
* Menyelesaikan semua urusan persandingan (bayar deposit,menyedang pakaian)
* Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan,kek pengantin,bunga pegang, penghias majlis)
* Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri.

4 BULAN SEBELUM
* Pilih cincin kahwin.
* Menyiapkan gubahan hantaran(sama ada membuat sendiri atau menempah)

3 BULAN SEBELUM
* Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
* Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

2 BULAN SEBELUM
* Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu.
* Bersama bakal pasangan menyedang pakian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
* Hadir ke sesi cubaan menu (jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan)

SEBULAN SEBELUM
* Melakukan perawatan sebelum berkahwin (mandi bunga, susu,sauna)
* Pastikan cincin dalam ukuran yang betul.
* Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar.
* Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut.
* Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda.Pilih orang yang dipercayai untuk menjaga muzik.

3 MINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANSUNG
* Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
* Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.

SEMINGGU SEBELUM.
* Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan.
* Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
* Hindari konflik, tenangkan hati.

DI HARI PERKAHWINAN.
* Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan.
* Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari.
* Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin.



p/s: giler r~~