Dec 15, 2014

Penghujung Tahunan

Assalammualaikum..


Sedar tak sedar sudah penghujung tahun 2014.. cepat sungguh masa berlalu.. umur makin meningkat.. hati makin bingung.. jiwa makin kacau.. rindu makin dalam.. otak makin sempit.. ya Allah ya tuhanku, kenapalah makin lama makin lembab dan sempit pemikiranku ni... xberkembang seperti dahulu...sentiasa tertekan..tp aku cuba untuk buang segala tekanan yg ada.. aku cuba utk menjadi terbaik...aku cuba utk menjiwai hati...aku cuba utk menyokong...aku cuba utk menjadi org yg kehadapan... yg pasti aku sentiasa tetap mengingati dan bersyukur kpd Mu Ya Allah.. tp apakan daya ya Allah jiwa ni sentiasa runsing...tiada setenang apabila aku menghadapMu.. ya Allah hati aku tak kuat... selalu patah bila dugaan datang...alu cuba ttpkn hati dan positifkan jiwa..tp apakan daya ianya kukuh didlm jiwaku ini.. kadang kala aku rasakan aku ini ada penyakit jiwa...nth la... nauzubillah😭 Ya Allah ya tuhanku..ampunilah segala dosa yg telah aku lakukan selama ini.. dosa besar maupun dosa kecil... moga di tahun 2015 ada pelangi yg indah hadir dlm jiwaku ni.. aminn.. tetapknlah imanku ini terhadapMu ya Allah s.w.t


P/s: 2015 hopefully ada berita indah

Mar 2, 2014

New from me..

Assalammualaikum...
Hari2 yg penuh pancaroba...
Banyak rintangan yg melanda...
Kesusahan...kesenangan..
Kedukaan...kekecewaan...
Semuanya ditempuh sstu persatu..
Owh YaALLAH hanyaMU saja mengerti...
HanyaMU sentiasa mendengar luahan hati ini...
Terima kasih ALLAH



Jan 13, 2014

salam maulidur Rasul...

assalammualaikum...

alhamdulillah...segala pujian ke hadrat Allah S.W.T.
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. para sahabatnya dan keluarga baginda.
alhamdulillah setiap tahun apa yang aku lihat datangnya bulan rabiul awwal kita semua umat islam akan mengadakan sambutan memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai menyatakan rasa cinta, kasih dan keimanan kita serta meghayati perjuangan dan pengorbanan baginda..Syukur kepada Allah S.W.T.

Apa yang kita semua tahu perjuangan Nabi S.A.W. menegakkan agama islam yang suci ini tidak terhenti dengan wafatnya baginda.. Ya Allah aku bersyukur kerana aku umat rasulullah S.A.W.

akhir kata dariku...

tiba2 terngiang2 lirik ini..

Rasullullah dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sinarmu,
pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran,
engkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta,
biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,
tak terjangkau tinggi pekertimu,tidak tergambar indahnya akhlakmu,
tidak terbalas segala jasamu, sesungguhnya engakau Rasul mulia....


Semoga kita semua tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad S.A.W. yang mendapat syafaat daripada Baginda...InsyaAllah...Amin..a


p/s:  ØµَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد