Oct 20, 2010

mama~~♥♥~~

mama...
kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga...
kan ku semat ia kukuh jauh ke dalam sudut sanubariku..
wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama..
sentiasa ada dijiwaku..

Indahnya kasihmu itu...
Kata semangatmu terukir teguh diingatan..
Dalam mengejar pelangi kehidupan..
Dalam mencari sinar kebahagiaan.
Tuhanku! Kau ampunilah dosa mamaku..
Lindungilah dia dan kasihilah dia...
Kau tempatkanlah mamaku..
Dalam syurgamu..
Amin.. Yaa Rabbal Alamin..


tqvm mama...

terima kasih yg tak terhingga kepada mamaku sayang (pn siti Aishah ab razak)..
kalau tak da mama..kehidupan kami 6 beradik tidak akan sempurna...
mama mmg da best mom in da world!!!

tqvm~~



Oct 17, 2010

bosannn!!!

Tips Boleh Menghilangkan Bosan di Pejabat

 

Bosan?!! Pasti pernah merasa bosan? Sebenarnya bosan itu apa dan bagaimana rasanya?(soalan paling buduh~~) Kadang2 hari-hari bosan...Mungkin kita sering kali terasa sangat bosan sepanjang hari berada di depan komputer, mungkin kerana memang takde kerja atau mungkin kerana malas takde mood nak bekerja. Jadi, daripada mengelamun kosong, membuka Facebook atau  mengganggu teman-teman disebelah meja kita, Elok le...

Mulakan dgn yg hobi yang baru. Misalnye wat blog sendiri, Beli stok makanan dalam kuantiti pukal. Asam, Gula-gula getah, Maggi Cup, Milo 3-in-1, Serunding, Bahulu, Biskut. Mari kite beramai2 membesarkan badan!!  Waktu kita bosan, baca la kesemua suratkhabar yang kita beli tadi. Baca dengan teliti setiap perkataan yang ada. Sambil-sambil tu, lihatlah kot-kot ada kerja kosong yang menarik.♥♥ Pada waktu kita habis membaca semua suratkhabar tu, waktu kerja dah habis. hah!! kita tak sempat nak bosan daa..hahaha.♥♥(amalkan selalu)

itu je la yg dapat hamba coretkan di dlm blog ni~~ (ngah bosan ni!!) Sekali-sekala berhibur, tidak mengapakan. Asal jangan tak buat kerja langsung sudah. Semoga kita semua mendapat anugerah pekerja paling cemerlang selepas ni ye!

 p/s: klu bos tau abis le T_T

Lurve U all♥♥

Oct 12, 2010

AYAM PenYEt ♥♥


assalamualikum...
Hari ini hamba nk berkongsi skit resepi ayam penyet... Hari2 makan ayam penyet kt kedai...kadang2 leceh nk p jln 4 bangi semata2 mkn ayam penyet (rm5 sgt best dan murah).. klu di restoran2 lain harga ayam penyet mencecah rm 10.00 gile mahal nk mampus!!so~ kt sini kite nk berkongsi skit resepi..manalah tau klu boring mkn kt kedai leh wat sendiri kn.. 1family bley mkn bersama2♥♥

ayam penyet kegemaran semua

Resepi Ayam Penyet

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Tempe dan Tahu Goreng-
2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.


 selamat mencuba ya kawan2~~
tq http://www.resepi4u.com kerana beri resepi ayam penyet yg bergitu menyelerakan..

Oct 11, 2010

Pekerja Cemerlang!!

Assalamualaikum...

Tu dia tgk tajuk utama pekerja cemerlang...:)
Erm~~tak tau la nk mulakan mcm mana ni ek....teknik mengarang hamba ni mmg lah tersangat teruk..huuu tapi nk cuba gak menjadi pengarang yg tegar...hee

Balik pada tajuk yg kita bincangkan, iaitu pekerja cemerlang.Mula2 hamba nk kongsi skit bagaimana hendak menjadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin dan sehebat yang mungkin tak kira apa jua bidang kerja yang menjadi kerjaya Anda. cewah ayat cam sweet ja...hee
1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, kita perlu bermula dari asas, iaitu niat hati kita.
2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.
lakukan lebih dari apa yang perlu kita lakukan dalam bidang kerja kita. contoh la jika kawan sekerja kita masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, apa lagi kita pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. (nk jd pekerja yg disygi bos tip no 2 ni bgs diaamalkan klu x alamatnye kne denda rm20 le klu lewat)


3. Komited. 
Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang kita tunjuk rajin.Janji bos sayang♥♥
4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Skill komunikasi amat penting di sini. kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja kita.(Kalau kt opiz semua main politik mmg parah la lg2 politik kotor)
 5. Hormat Semua Orang.
 Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan kita, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.
6. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan ‘first impression’ orang lain amat penting dalam suasana kerja.

 bukan senang nk jadi pekerja cemerlang!!

 Hopefully tips2 ni dapat membantu kita semua~~ :)

Hee....marilah kite bersama2 meningkatkan kemajuan diri,prestasi diri dan menambat hati bos!!


Oct 9, 2010

10.10.10


Assalamualaikum semua~~

Hari ini bertarikh 10 haribulan 10 tahun 2010, aku duk kt depan laptop ni sambil on9 wat2 sibuk searching something yg boleh di lihat~~dibaca~~didengari. hari ini ahad yg menenangkan hati hamba ni~~biase le semlm tepat jam 12.30am my cinta hatiku bw p jln2 round2 kl...seronok dh lama x p rounder mlm2.. cam biase la malam minggu yg penuh sibuk...lagi2 kt jln b.bintang,sepanjang jln sentiasa sibuk, anak2 muda bertenggek2 di sepanjang jalan..menghiasi mlm yg penuh berwarna warni~~ sempat le cuci mate ngn cintahatiku~~hee :) tqvm to my lovely cintahatiku..tq juge kt mama bg greenlight..luv mama..;}



erm kembali balik pada tarikh 10.10.10~~
tarikh ni mmg cantik..ramai tul bakal pengantin memilih tarikh 10.10.10 untuk majlis perkahwinan mereka..aku je dpt 4 jemputan kahwin...sumenye tarikh dan waktu yg sama cuma destinasi je lain..rabak gak la duit minyak n tol klu le hamba ni p...seorg kt johor~2 org lagi di kuala selangor~yg lg satu di seremban~Apa yg mendukacitakan aku xdpt nk menghadiri majlis yg penuh kegemilangan...maafkan daku ya wahai kwn2(pengantin) sekiranya hamba ini tidak dpt hadir ke majlis kalian..huuu

Tarikh 10.10.10 ni juga adalah tarikh perlumbaan motoGP Grand Prix Malaysia di Litar Sepang..huu tahun ni hamba xdpt p tgk lie motoGP..bajet lari plak.. jadi tgk t TV je la.. Janji tahun lepas dpt gak i merasa p live MotoGP..Love VelentiNo Rossi~~:)

Hopefully Rossi menang!! Yeah!! 

Ok le t kite sambung lg ye...
ada orang datang umah plak~~

mudah2an Allah memberkati dan melindungi kita dari semua perkara yg kita lakukanpada hari ini bertarikh 10.10.10..amin~~

p/s: alamak xleh upload pic la plak~~ t i upload untuk tatapan..




Oct 8, 2010

aduhai...

Assalamualaikum...
Baru je tadi post "perjuanganku",tetiba teringatkan sesuatu yg harus aku berkongsi didalam ruangan ini. Ada seorang kawan lama waktu sekolah, ajak chatting katanya urgent nk beritahuku sesuatu yg sangat mustahak(hee dah ckp urgent, mustahak plak tu). Apa lagi aku pun online le nk tau apa yg urgent tersangat tu....
Cerita punya cerita..biasa le mula2 tanya khabar then tanya lak dah makan ke belum...lama gak le kitaorang bergosip biase le dah lama  tak contact aleh2 jumpa kt FB..(last contact 7 years ago) Kira2 hampir 1/2jam le berchat..akhirnya kwn aku tu mulakan strateginya iaitu......apa lagi klu bukan ajak join masuk MLM..aduhai..
Bkn kita xnk join biz ni...cume xberapa minat je lagi2 nk jumpa org...mmg sah le xda maknenye hamba ni nk join.huu..

adik beradik aku pun join gak biz MLM ni...adik bongsuku dah berjaya dlm MLM dah naik pangkat...duit berkepol2 le masuk dlm akaun..biz dia wat senang je mengenai kesihatan ala produk FUSION EXCEL tu...
 pendant kesihatan tu...bagus ma.... (bkn nK promote tp hakikat produk ni baik)
 
www.fusionexcel.com

Kakak ku juga aktif dlm bidang MLM juga....boleh la...janji kuat berusaha...dorang ni lagi la kaum keluarga sgt rapat ajak aku join pun hamba xnak..siap paksa2!! mmg sory to say xmo.... ni kwn lama kite nk ajak join mmg xda la...msuk kalau rm100-200 tu xpa la ni sampaikan rm2000 gile pe..GAJI AKU PUN TAK LEPAS!! siap suruh wat loan semata2 join biz ni...mana bley loan PTPTN pun xbyr lagi..aduhai...byk hutang maa..
Kepada kwn lama ku.....maafkan daku sekiranya kata2 ku ini akan membuatkan kamu kecik ati...bkn sengaja ku berbuat demikian tetapi tolong la faham dengan keadaanku ni...
insyaAllah kalau duit aku lebih boleh le i blanje u mkn....nk join im so sory dear~~



ok la...sampai disini saja sesi berceritaku ni....hopefully kalian xboring bila baca ruangan ini
.akhir kata,
pak ali pergi memancing
tapi terlupa bawa umpan
yg bernas dijadikan panduan
yg buruk jadikan sempan..

Oct 7, 2010

perjuanganku~~♥♥~~

Assalamualaikum..
Sudah lama aku ingin menulis di ruangan ini. Sehinggakan sesekali terasa dunia blog itu begitu rumit bagi diri aku. Akhirnya aku menguatkan semangat untuk menulis diruangan ini untuk santapan kalian. Itulah perjalanan hidup manusia. Siapa pun tidak dapat menyangka apa yang bakal berlaku di hadapan, masa hadapan dan bagaimana pengakhiran diri sendiri.Waktu terus berlalu kehidupan terus berjalan tanpa disedari perjuangan itu ialah menjalani hidup. MaKa Tanggung jawab aku semakin banyak yang perlu dilaksanakan dan menyebabkan pemikiran ku perlu memikirkan bagaimana ia perlu dilaksanakan.

 Dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun rutin aku sama sahaja. Itulah apa yang ku tahu kehidupan adalah suatu perjuangan yang tak pernah ada habisnya,sampai kelak menhadap yang Maha Kuasa,selalu saja ada masalah dan berbagai cobaan yang datang menghiasi warna kehidupan layaknya seperti pelangi yang indah, kata-kata itulah yang selalu tegar dalam menghadapi segala masalah yang datang.

Mudah2an...Allah sentiasa melindungiku, keluargaku, kekasih hatiku dr segala hasad dengki segala bencana dan perkara yg tidak elok. amin~~

InsyaAllah kita bertemu lagi..