Apr 20, 2011

Bagaimana naK maintain cergas+sihat+ceria bila bekerja dihadapan PC???!!

Assalam...

HuuuHH sgt2 meletihkan mataku ini+sakit pinggang sume ada~~ 
Bila kite berada di depan komputer terlalu lama memang ler sgt meletihkan. NAik Juling Mata neh kekadang @-@.Bukan hanya mata yang letih, tapi seluruh badan menjadi sengal2 lagi2 pinggang+punggung+kaki. T_T So kwn2 bagaimana cara mengatasinya?
ternganga haaa~~
 
Mungkin rutin kerja setiap hari menghadap PC  jer memang kerap ler melahirkan stress yg memanjang. Apalagi beban kerja yang ditanggung sangatlah berat dari hari ke hari. (tensen neh!!) neh mmg bley mendatangkan masalah kesihatan yg melampau..huu

Argggghhh sakit pinggang plak neh~~

Mungkin ler kan...

1) Terlalu sejuk+dingin AC kt opiz neh membuat my tubuh jadi tidak selesa.(kaki asyik sejuk jer mana xnye AC btl2 hala kt tempatt gue). Bila kesejukan mmg bdn jadi sengal2 lor..kaki mmg mudah kebas2..so cara penyelesaiannye i bw stoking setiap hari n pakai semasa di dlm opiz^^"

2) Duduk yang terlalu lama di kursi pun mendatangkan masalah gak..lagi2 ler dengan posisi yang tidak baik membuatkan kelengkungan tulang belakang jadi tidak selaras sehingga dapat menyebabkan masalah degeneratif, seperti cervical spondylosis dan lumber spondylosis, kata Dr Seema Nadkarni, fisioterapis.  (bahaya deh klu kite xjg betul2 kedudukan kite)

So bile slalu duduk xbtl2 tu yg akibatnya dapat menyebabkan lenguh2 pada leher dan sakit pinggang+punggung. Skrg neh cmner nk wat kite selesa bila duduk kt kerusi neh??..huuu dh naik pijau my b**tuT neh..huuu

3) Mungkin ler “Sindrom letih+penat+lesu pada mata terjadi sbbnyer silau dr PC yang mamancar terlalu cerah. 
Aduhai~~ Rupa2nye cahaya silau dr PC neh sangat berbahaya untuk indera penglihatan kite. kredit to duniaintan.blogspot.com 
Orang yang bekerja tanpa hiraukan silau pada monitornya akan menyebabkan otot sekitar mata tegang,” kata Dr Jetish Shetty, dokter kulit dan kosmetik. Patut ler aku neh slalu kne sakit mate..dah le ceq neh rabun mlm bertambah plak silau yg teruk xseberapa ler..huuu kebelakangan neh slalu gak sakit kepala jer~~

(ehh apa kene mengena sakit kepala???)

So skrang neh nk wat camner????? -_-

patut ler slama neh asyik berpinau jer mata neh..pastu slalu sakit2 belakang n pinggang~~nasib baik ada abg saif+kakak qis slalu ler tulung pijak blakang mami neh~~thnx =)

huuu~~apa pun xbley..
 
Agak2 ler ok x letak bantal kt kerusi???huuuu

Apr 19, 2011

ChocoLatE maCaroNs!!!!!

Assalam~~

huu tiba2 tekak neh nk mkn mcm2 lagi2 choc macarons.. tolong r sapa2 leh dapatkan macarons yg comel neh!!
kalau dapat mkn pelbagai rasa lg syiok!! i like strawberry

Nyum3~~ tadi tgk kt mukabuku kwn zulaikha..tap tap tap dia postkan pic choc macarons yg dia hasilkan kt wall dia...huuu terus teringin nk makan.... dulu penah mkn skali kt cafe sG waNg plaza..mahal tapi berbaloi2 sedapppp~~

sekarang tiba2 tekak neh teringin mau mkn benda comey neh...Hopefully dpt♥♥ >__<

bila ngah kekeringan jam2 tu dier teringin...huuuu

 i wish that  i can buy and eat the sweet+cute choc macarons~~nyummmy!!

Apr 14, 2011

My wish♥

I wish that i hav the new shoes are very comfortable n beautiful~~ ♥♥


♥ this pattern hopefully^^


owh my


♥♥♥


♥green


Yeah!!


nice.nice.nice


i want this i want this!!^^


all bout green♥♥


i wish hav lots of new shoes~~but if i hav new 1 i'am very2 syukur Alhamdulilah..heee


saya suka kasut+kasut juga suka saya+kami saling suka antara satu sama lain♥♥

Apr 13, 2011

KisaH Nabi Muhammad SAW (muhasabah diriKu)

assalam...

td boring2 sempat gak search kt internet kisah2 para nabi..^^"
kt sini sy nk kongsi skit cerita perihal nabi Muhammad S.A.W. yg kita sanjungi..


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tidaklah kalian masuk surga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sebanyak-banyaknya diantara kalian" - (Muslim)


Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk” (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)

 Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu “Al-Amin”.

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan” (Al-’Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.” (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
“Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya”

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Kewafatan Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah.”

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

Ya Allah Nabi muhammad S.A.W. seorang pemimpin umat yang terbilang..Ya Allah,begitu mulianya Nabi Muhammad di sisimu, semoga sy akan bertemu dengannya di akhir hayat~~

mudah2an kisah Rasulullah dpt memberi petunjuk kepada ku dn mereka2 diluar2 sana~~amin♥


hurmm!!

as salam...

hurmm.. sgt mengantuk neh~~
mereka diluar2 sana berkata : Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi. Rasa kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas. kredit to seri kasih ^^

nak kate sarapan...tiap2 pagi sarapan...nk kate xmkn tengahari...mungkin le kot kadang2 mkn kadang2 tidak -__-
klu gaya hidup xsehat....mana ada kdg2 tu balik keje trus p dapur masak tuk santapan malam...tlg mama jg melly..suapkan bdk2 mkn mlm...^__^(sian kt mama i byk keje+penat jg bdk2)thnx to my mama♥♥
Mungkin le pengawalan minda dan emosi kot xjaga...huuu 
bukannye xjaga cume kurang memberi perhatian huu...dan sgt boring apabila berada di opiz~~ lg2 memanjang hadap PC..(udah keje kamu wahai missywawan)

mungkin ler aku perlu segarkan semangat yg ada didlm jiwa. bak kate seri kasih " Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara."

awat melalut plak aku neh tulis kt dlm blog neh..hurmmm..sah2 mengantuk!!! 

NgaNtuk!!!!!!! 

mereka diluar2 sana berkata : untuk mengatasi mengantuk adalah TIDUR…!!!!

hahaha kdg2 klaka gak bc blog2 org lain "cara nk mengatasi mengantuk neh"... segar skit minda i neh..hee

k la mls dh nk melalut2 kt dlm page neh.. sudah tiba masanya sy mau pegi surau utk menunaikan tidurku...hahahh