Jan 13, 2014

salam maulidur Rasul...

assalammualaikum...

alhamdulillah...segala pujian ke hadrat Allah S.W.T.
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. para sahabatnya dan keluarga baginda.
alhamdulillah setiap tahun apa yang aku lihat datangnya bulan rabiul awwal kita semua umat islam akan mengadakan sambutan memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai menyatakan rasa cinta, kasih dan keimanan kita serta meghayati perjuangan dan pengorbanan baginda..Syukur kepada Allah S.W.T.

Apa yang kita semua tahu perjuangan Nabi S.A.W. menegakkan agama islam yang suci ini tidak terhenti dengan wafatnya baginda.. Ya Allah aku bersyukur kerana aku umat rasulullah S.A.W.

akhir kata dariku...

tiba2 terngiang2 lirik ini..

Rasullullah dalam mengenangmu,
kami susuri lembaran sinarmu,
pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran,
engkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta,
biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,
tak terjangkau tinggi pekertimu,tidak tergambar indahnya akhlakmu,
tidak terbalas segala jasamu, sesungguhnya engakau Rasul mulia....


Semoga kita semua tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad S.A.W. yang mendapat syafaat daripada Baginda...InsyaAllah...Amin..a


p/s:  صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد





No comments:

Post a Comment