Jul 4, 2011

HapPy BezdaY maMa ku SayaNg♥

Assalam...

hari ini 5 haribulan 7 tahun 2011, tarikh lahir mamaku yang ke 57tahun. Aku tahu mama mungkin tak akan membaca akan ucapan ku didalam bolg neh...

“Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil dan rahmatilah mereka serta tempatkanlah mereka bersama orang-orang yang mulia di sisiMu”


♥My mom thnk u beIng da best Mama♥

Hidup ini lengkap dengan hadirmu Mama...Terima kasih yang tak terhingga kepada Allah kerana memberi Mama yg terbaik untuk ku...Kasih Mama tak terhingga kepada anak2nya sehinggakan Mama abaikan keseronokan hidupnya demi anak2 tercinta..Terima kAsih Mama♥

Sukar ku tafsirkan jiwa Keibuanmu Mama..Mama sanggup lupakan segalanya demi menjaga anak2...Wa sangat2 sayangkan mama....Terima kAsih Mama♥

Kulihat Mama sangat sederhana dalam apa jua yang dilakukan..Nasihat2 mu akan kutitipkan dalam jiwa ini Mama.. Biarpun dimamah arus usia Mama tidak pernah kenal derita...Semenjak kehilangan insan yang tercinta (Arwah papa) pelbagai hinaan caci maki drpd sanak saudara + masyarakat sekeliling Mama masih tersimpul senyum walaupun didlm hati sanubarinya sedih memikirkannya.. Bagai sungai mengalir tanpa arus yang deras.. Tiada penghentiannya, tak bertebing... Usah risau Mamaku~~ InsyaAllah ada hikmah disebalik kerisauan mama.


Hari ini hari lahirmu Mama, di pagi yang indah ini ku berdoa agar Allah sentiasa melimpahkan Kasih-Nya tak kunjung putus buat mu Mama yang berhati mulus dan ihklas dalam menjaga kami anak2mu... Duhai Mama ku sayang hanya engakaulah anugerah istimewa yang diberi oleh Allah....berkorban jiwa dan raga hanya untuk kesenangan anak2mu dan redahi hidup yang penuh mencabar... Berusaha dgn pelbagai cara dan sabar dalam mengharungi derita.... Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan hanya untuk anak2mu...

Tidak sekalipun mengharapkan dibalasi intan berlian pemata...hanya cukup Mama merasa kebahagian bersama anak2...Lihat anak2mu berjaya + berbahagia....Kau mamaku sayang adalah penawar hati yang duka...walaupun hatimu selalu terluka atas karenah anak2mu...tetapi Mama tetap tersenyum simpul....Mama lah ibu mamalah bapa pabila Arwah papa meninggalkan kami....

Mama maafkan wa selama mama jaga wa, banyak yang telah wa nyusahkan mama...hanya Allah dapat membalas jasa kasih sayang yg mama berikan untuk kami.... Kerana Allah saja yang tahu penderitaan mu Wahai mamaku sayang...Terima Kasih Mama♥


Ampunkan wa~~Selamat hari lahir kepada mama tersayang Siti Aishah bt Ab razak.








p/s: Terima kasih Allah kerna berikan kami Mama yg terbaik!!

No comments:

Post a Comment