Jun 16, 2011

seLamaT haRi bApa kepada aRwah paPa Hj Mohd Ali bin OsMan.

Assalam..

Aku masih ingat, antara kebimbangan papa suatu ketika dahulu – jika anak-anak melupakannya apabila dia tiada lagi; itulah yang papa kata pada kami anak-anaknya suatu ketika dulu. Aku cakap balik, “Kenapa papa cakap gitu? Takkan la kami semua akan lupakan papa.” Kami semua sayangkan papa.

Papa senyum saja dengar aku menyanggah cakapnya. Lepas itu dia kata, “Memang kamu semua takkan lupa papa . Papa yakin anak-anak papa akan tetap ingatkan papa. Cuma papa takut anak-anak lupa hadiahkan doa untuk papa bila papa dah tiada. Papa dah mati masa tu, tak ada apa-apa yang boleh bantu papa, kecuali doa anak-anak yang saleh…” T_T

Papa juga selalu berpesan bahawa bila papa tiada, jaga lah mama sebaik-baiknya. Jangan biarkan mama keseorangan dan kesedihan. InsyaAllah papa : wa akan tunaikan~~

Tersentuh dan sedih sungguh hati bila terkenangkan papa. Aku teringat satu hadis yang biasa kak ita (kakak sulung ku) dan para ustaz & ustazah beritahu bahawa, “Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim) 

Rasulullah menegaskan tentang menderhaka kepada ibubapa merupakan salah satu dosa besar melalui hadis yang diriwayatkan seperti berikut :

Abi Bakrah radhiallahu ‘anh berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Setiap kali teringat kata-kata papa, sayu hati ini dan secara tidak langsung aku muhasabah diri sendiri, sejauh mana agaknya doa aku dapat ‘membantu’ papa? Setakat mana amalan aku dapat ‘meringankan’ papa di sana? Ya Allah.....selama hidup didunia ini, hambamu banyak menyusahkan papa dan mama... T_T

Walaubagaimanapun, terima kasih yang amat pada papa yang selalu buat kami teringat akan kekurangan diri dan memotivasikan kami untuk memperbaiki diri dan mengharungi perjalanan hidup didunia dan akhirat.

Semoga papa tenang terus di sana. Selamat hari bapa papa! - Al-Fatihah-



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..


 Al-fatihah





2 comments: