td boring2 sempat gak search kt internet kisah2 para nabi..^^"
kt sini sy nk kongsi skit cerita perihal nabi Muhammad S.A.W. yg kita sanjungi..
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tidaklah kalian masuk surga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sebanyak-banyaknya diantara kalian" - (Muslim)
Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah  seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang  dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia.  Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat  sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam  kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu  disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian  diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak  suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad.  Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan  Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama  Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda  kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang  juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati  keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing  ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda  telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa  baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang  muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab  untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak  menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya  menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada  Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan  yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima  tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan  penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu  baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah  membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya,  mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang  ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya  Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia  untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah  menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka  datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula  jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia  melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia  memberikan petunjuk” (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
 Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang  sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib  Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda.  Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke  daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda  sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat  rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan  tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang  ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda  mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak  oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi  yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda  mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda  selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan  tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia  nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang  sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu “Al-Amin”.
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa  saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid,  seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya  dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan  mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia  meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25  tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat  gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah  perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad  dan Khadijah sebagai suami isteri.
Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan  diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua  Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat  manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan  menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan” (Al-’Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh  Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai  pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula  dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada  penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita  pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib  adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang  sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara  terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam  secara lebih meluas.
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang  diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang  musyrik.” (Al-Hijr, 15:94)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa  oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk  Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia  selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan  keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum  Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya.  Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
“Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan  kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini,  aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala  penjuru atau aku binasa kerananya”
Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan  ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati  untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima  tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai  penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima  siksaan yang berat.
Kewafatan Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama  kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh  mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya  wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak  pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta  hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di  saat baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya  sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang  dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat  disayangi oleh baginda.
Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah  semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka  Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan  ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah.  Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah  dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan  para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah  pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada  kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum  bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga  menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran  dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik  sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang  saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian  bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang  melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan  merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan.  Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar  undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek  pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara.  Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan  dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah  Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626  M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan  diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai  antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan  itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga  telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan  10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan  baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun  berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000  orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang  terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan  kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s.  Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang  yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan  kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan  dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah.”
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun  11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai  rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang  benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan  berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia  sepanjang zaman.
Ya Allah Nabi muhammad S.A.W. seorang pemimpin umat yang terbilang..Ya Allah,begitu mulianya Nabi Muhammad di sisimu, semoga sy akan bertemu dengannya di akhir hayat~~
mudah2an kisah Rasulullah dpt memberi petunjuk kepada ku dn mereka2 diluar2 sana~~amin♥ 
 
No comments:
Post a Comment